Thursday, August 25, 2011

Istikharah Ramadhan

Esok mr&mrs cekodok akan pulang ke kampung mr..
ini pertama kali kami beraya bersama, dan pertama kali juga mrs cekodok tidak dapat beraya bersama keluarga..
uwaaaa!!! (tekup muka kat bantal)
ok done!

Sebenarnya dah lama mrs nak bukak cerita istikharah ni, buat panduan sahabat-sahabat. Tapi baru kali ni berkesempatan.

Waktu itu Ramadhan 1431 (Ramadhan 2 tahun lepas)

mr&mrs masih belum bertemu kasih, malah nama mr tak pernah terlintas di hati mrs.

Ketenangan ramadhan tahun itu sedikit diganggu dengan kehadiran kasih lama mrs. Yang telah mencalarkan hati ini dan menutup pintu hati selama 2 tahun. Lama tau 2 tahun tu, kadangkala memang rasa sunyi tapi tak berani nak menerima huluran cinta mana-mana teman.

Maka dalam kegusaran dan gangguan kasih lama, mrs cekodok bimbang juga untuk menolak, bimbang bagaimana kalau itulah jodoh mrs? mrs tiada hak untuk memilih, maka mrs serahkan segalanya pada Yang Esa.

Di suatu malam di penghujung ramadhan, mrs hanya berdiam diri selepas terawih dan solat taubat dan solat hajat, mrs dirikan pula solat istikharah, pohon pada tuhan agar tunjukkan jalan jodoh yang terbaik. Selepas istikharah, dalam wudhu yang masih basah, mrs tidur dengan tenang.

Pinta mrs,
Ya Allah, jika dia untukku, maka bukakanlah hati kami antara satu sama lain, dan permudahkanlah jalan kami.
Tetapi jika dia bukan untukku, kau tunjukkanlah padaku jodohku yang terbaik, yang mampu membawaku kejalanMu, kerana aku terlalu takut untuk tersalah memilih lagi.
Aku tahu ya Allah, mungkin dia berada di sekelilingku, tetapi kau bantulah hambamu yang khilaf ini, jika sudah tiba masanya, kau detikkanlah cinta di hati kami.
Dan apabila kami telah ditemukan, jauhkanlah kami dari sebarang kemaksiatan dan kemudharatan, dan permudahkanlah jalan jodoh kami.


Lebih kurang begitulah doanya, lebih panjang sebenarnya, tetapi cukup khusus permintaannya.

Malam yang hening itu, mrs bermimpi melihat seorang lelaki sedang akad nikah di dalam masjid di hadapan mrs, berbaju putih berseri-seri, suasana ketika itu begitu tenang. Dan orang itu seakan-akan junior mrs. Apabila terbangun, mrs pun rasa pelik, kerana junior tu jauh lebih muda, dan mrs tak pernah berminat pada orang yang lebih muda. Maka mrs abaikan mimpi itu.

3 bulan selepas itu, secara tak sengaja, mrs telah berhubung semula dgn mr cekodok atas urusan pelajaran dan pekerjaan. Dan sedikit sebanyak hubungan itu menyentuh hati mrs yang sudah lama tak tersentuh, hehe.

Ragu-ragu masih bertapa. Maka mrs khabarkan pada mr cekodok sudahkah beliau membuat istikharah. Ketika itu mimpi istikharah pada ramadhan sebelumnya langsung mrs tak ingat.

mr cekodok katakan beliau sememangnya telah membuat istikharah dan bermimpikan mrs datang berbaju kurung biru dan bertudung labuh putih! meremang bulu roma masa tu, terkejut. Tapi mrs diamkan sahaja.

Seminggu selepas itu, ketika di dalam kelas (nampak sangat tak concentrate) barulah mrs teringatkan mimpi istikharah tu. Dan junior itu mempunyai nama yang sama dengan mr cekodok! susuk tubuhnya juga sama! And I was thinking, maybe it is another shukrie. ^_^

Maka dengan keyakinan yang teguh dengan kuasa Allah, mrs terima lamaran mr cekodok dengan hati terbuka.

Ketika itu kami hanya merancang untuk bertunang, sebagai kenal-kenalan..waktu itu kami masih belum berjumpa pun (well atleast dah setahun tak jumpa lepas habis belajar di UTP). And suddenly ibu mr cekodok pula minta percepatkan agar majlis perkahwinan berlangsung sebelum musim banjir dan sebelum beliau bersara.

We were shocked. Dan ketika itu kami penniless. Tetapi tiba-tiba sahaja kami dihujani rezeki yang melimpah ruah tidak terkata. Saya fikir rezeki Tuhan yang memudahkan pembinaan masjid kami.

Kami juga tidak begitu berkesempatan untuk berjumpa sepanjang tempoh lamaran, sehingga bertunang, sehingga berkahwin. Jika berjumpa pun pasti ada teman-teman atau keluarga. Tanpa dirancang! Semuanya berlaku terlalu pantas, hanya dalam masa 10 bulan mrs sudah sah menjadi isteri orang, seorang mrs!

"Dan apabila kami telah ditemukan, jauhkanlah kami dari sebarang kemaksiatan dan kemudharatan, dan permudahkanlah jalan jodoh kami"

Syukur kepada Allah atas doa yang dimakbulkan.

Wallahualam bissawab.

Dan kami, bercinta selepas berkahwin. Lebih indah.
Sudah 10 bulan rupanya kami bercinta dan bergaduh manja.
Bahagia.
^_^

7 comments:

Sarah Azizul said...

alhamdulillah. =) doakan sahabat-ahabat lain juga. (termasuk saya lah tu) hehe

mrs cekodok said...

InsyaAllah sarah..semoga dipermudahkan urusan sahabat-sahabat semua :)

cEro said...

sebuah cerita yang indah...
ini adalah bukti bahawa kalau ada jodoh, memang tak ke mana..kan??

mrs cekodok said...

betul tu cero..kdg2 dah lama ada depan mata, tp x pernah terdetik rasa cinta...bila sampai masanya, insyaAllah Tuhan akan temukan semula :)

Amirah Rashid said...

alhamdulillah :) sis da jmpe jodoh yg Allah tetapkan utk sis kan :')

bila la sy nk jmpe sy pnye. hehe :D

hestyrezyuda said...

akk dulu pun pernah tanya angah.. dia dah istikharah atau belum masa ambil keputusan tu.. ^_^

dan dia pun cerita, dia dah istikharah.. yang dia nam[ak memang dikngah ^_^

alhamdulillah... (walau masa tu angah merajuk dengan akk... lamaaaaaaa.... huhuhu sedih je masa tu ^_^ )

♥naematulsaadahismail♥ said...

seronoknya kisah huda..
oo...mr cekodok nama shukri rupanya.hehe

bila dah jodoh..mudah je kan.
tak payah penat2 bercinta.

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails